Makhluk-makhluk yang Mengagumkan!
Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang dapat kamu
lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat makhluk yang kita
jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau
televisyen. Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat
istimewa. Kami akan menerangkan sebahagian daripadanya. Baca semuanya
dengan teliti, pasti kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama
kamu akan berkata, “Betapa indahnya ciptaan Allah”.
![]() |
BAGAIMANA PENGUIN DAPAT HIDUP DI SEBUAH BENUA BEKU DI KUTUB UTARA?
![]() |
Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub
ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais.
Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang,
fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di
musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot,
topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji,
suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula
hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.
![]() |
Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung
tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada
tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak
pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas
ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti
akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin,
mengapa?
![]() |
Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga
membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan
penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu,
ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak
yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini
melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit.
Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana
itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai
pakaian tebal ketika cuaca sejuk.
![]() |
Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan
anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak
seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi
si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian
meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk
mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi
ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa
telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia
sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya,
telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.
Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan
ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana
itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat
sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan
berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka.
Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara
ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya
penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila
telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia
memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam
temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu
bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan
tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk
hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan.
Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada
kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat
dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah
diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup
dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.
UNTA MEMBAWA TANGKI AIR DI BELAKANGNYA
![]() |
Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di kawasan
paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah menjadikan mereka
bersesuaian dengan persekitaran tersebut. Sebaliknya, unta pula adalah
haiwan yang dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta
sering digunakan sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah
kawasan pasir yang luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi
500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini
sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar
bermain.
![]() |
Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C.
Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga
telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang
diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia
menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana
padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan.
Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat
kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak
kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan
menghilangkan kelaparannya.
![]() |
Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada
kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering
berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak
tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di
bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami
angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana
melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih
kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai
dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah
perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling
sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang
pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai
untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang
pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan
setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya
tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah
mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah
Al-Ghasyiyah:17)
BURUNG KOLIBRI
![]() |
Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas
sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan jauh
dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira dua
setengah juta kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan tangan
kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali, tangan kamu akan sakit
keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini melakukannya dua setengah
juta kali dan ia tidak memudaratkannya. Allah telah menjadikan burung
ini berserta kebolehan untuk menangani tugas yang begitu sukar.
![]() |
![]() |
![]() |
KETAM YANG DAPAT MEMPERTAHANKAN DIRI.
![]() |
Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut. Kebanyakannya
mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar biasa. Sebagai contoh,
ketam Hermit yang menggunakan senjata hidup untuk mempertahankan dirinya
daripada sotong dan musuh-musuh lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang
terdapat di dasar laut. Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan
meletakkannya di atas kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai
duri yang amat menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam
tersebut melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini
tidak mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan
semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.
BOOBY,BURUNG YANG BERENANG..
![]() |
Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada jarak yang
jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah telah
menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas, supaya ia dapat
berenang di permukaan dan dalam laut. Booby dapat menyelam dengan baik.
Ia menyelam ke dalam laut untuk menangkap ikan dan dapat berada lama di
bawah air untuk berenang pada jarak yang jauh..
BOLEHKAH IKAN TERBANG?
Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi
peluncur pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak
sekitar 56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat
bergerak lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan
mengangkat ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur
dengan baik di dalam air.
![]() |
![]() |
BURUNG PUCUNG.
Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri
tegak dengan membuka sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini
menghasilkan satu bayang dan menghalang refleksi daripada permukaan air.
Sekarang, Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap
Pucung ini menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia
menangkap ikan di dalam bulatan ini.
![]() |
BURUNG UNTA..
Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia
dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam.
Burung unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu
daripada jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan
burung ini ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini
sahaja.
![]() |
![]() |
BERUANG KUTUB.
![]() |
Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan
kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin.
Beruang kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di
dalam iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang
melindungi udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat
berenang di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam),
untuk jarak sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang
kutub, seperti juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang
sejuk seperti itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk
di dunia, di kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub
Selatan.
![]() |
Allah juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria
baunya amat tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang
bersembunyi di dalam salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).
Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti
membran. Membran ini bertindak sebagai “sepasang cermin mata gelap” dan
ia melindunginya daripada buta salji.
![]() |
Cheetah dikenali sebagai haiwan terpantas di darat. Ia dapat berlari
dalam jarak pendek dengan kelajuan yang dahsyat. Ia dapat memecut
sehingga 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa saat. Setengah
cheetah dapat berlari lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan yang
menakjubkan 113 km/jam (70 batu/jam).
![]() |
CARA MENARIK GAZEL..
![]() |
Sesetengah haiwan menggunakan cara meninggalkan bau untuk membuat
sempadan kawasan-kawasannya. Contohnya, gazel yang menggunakan ranting
panjang dan tumbuhan, juga bahan berbau seperti tar, yang dirembeskan
oleh kelenjar yang terdapat di bawah matanya untuk menandai kawasannya.
Bau ini memaklumkan kepada gazel lain bahawa kawasan ini telah bertuan.
Rusa kutub pula mempunyai kelenjar bau di hujung kaki belakangnya. Bahan
yang dirembes oleh kelenjar ini membolehkan ia menandai
kawasan-kawasannya. Arnab menandai kawasannya dengan bahan yang
dirembeskan oleh kelenjar di dagunya.
MANGKUK PELEKAP KAKI CICAK..
![]() |
Cicak adalah sejenis reptilia yang hidup dalam iklim panas. Kebolehan
luar biasanya ialah ia dapat berjalan di atas permukaan rata yang
menegak dengan mudah. Cicak ini dapat memanjat dengan mudah walaupun di
atas kaca dengan bantuan mangkuk-mangkuk pelekap yang terdapat di hujung
jarinya. Di samping itu, ia juga memiliki kuku tersembunyi di dalam
kakinya. Apabila ia sampai pada permukaan yang tidak seimbang, ia akan
mengeluarkan kuku-kukunya tidak ubah seperti kucing dan terus berjalan.
CICAK BASILIK YANG BOLEH BERLARI DI ATAS AIR..
![]() |
Apa yang akan kamu fikirkan jika melihat seekor cicak berlari di atas
air? Mungkin kamu akan berkata, “Saya sedang bermimpi”. Ini bukan suatu
mimpi; ianya realiti. Cicak ini, yang dikenali sebagai Basilik, dapat
berlari di atas air dan ia dapat melakukannya dengan pantas sekali.
Kepak di belakang kakinya membolehkannya memercik air. Kepak ini akan
tertutup apabila ia berjalan di atas tanah. Jika ia berhadapan dengan
sebarang bahaya, ia akan segera lari ke air dan mula berlari dengan
laju. Pada masa yang sama, kepak di kakinya terbuka dan memberikannya
kelebaran yang diperlukan untuk berlari di atas air.
![]() |
ITIK..
Itik dapat terbang dengan kelajuan lebih 50 km (30 batu) sejam. Di
samping, ia sentiasa menukarkan haluannya ketika terbang untuk
melindungi dirinya daripada pemangsa. Apabila perlu menyelam ke dalam
air, ia akan melakukannya dengan kelajuan yang pantas sehinggakan
pemburunya tidak dapat mengejarnya.
![]() |
![]() |
BELALAI GAJAH..
![]() |
| Add caption |
Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan
otot-otot ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang
berat. Belalai ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan
memecahkannya di dalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan
berbagai cara, boleh digunakan sebagi jari panjang, trompet atau
pembesar suara. Ia dapat menampung 4 liter (7 pain) air untuk minuman
atau mandian.
Mungkin inilah pertama kali kamu mendengar tentang kehebatan
sifat-sifat makhluk ini. Mereka sangat hebat, bukan? Ini hanyalah
sebahagian daripada makhluk-makhluk menakjubkan di bumi. Terdapat
beribu-ribu haiwan di bumi ini yang kamu belum pernah lihat atau dengar
mengenainya. Adakah semua haiwan ini memperolehi
keistimewaan-keistimewaan ini secara kebetulan? Sudah tentu tidak!
Allahlah yang telah menjadikan mereka bersama semua sifat-sifat istimewa
dan unik ini.






























Tidak ada komentar:
Posting Komentar